Selling And Creating Beautiful, Affordable Handmade Children's Clothing, Accessories & Craft. Powered by Blogger.

About Us

About  CMelor Handmade


CMelor Handmade merupakan sebuah perniagaan dari rumah "bekerja dari rumah". CMelor Handmade telah didaftarkan pada 13/9/11 dibawah syarikat berdaftar CMelor Collection (002068000-U). Dengan ini CMelor Handmade merupakan sebuah perniagaan yang sah di segi undang-undang. Selain perniagaan secara online CMelor Handmade juga menjalankan perniagaan  offline. Jadi jangan ada rasa curiga untuk berurusan dengan pihak kami. Segala produk yang di jual di CMelor Handmade merupakan hasil kerja tangan saya . Lebih tepat lagi HANDMADE saya sendiri. Kami juga menerima tempahan sekiranya ada permintaan dari para pelanggan. Alhamdulillah, sejak mula beroperasi, CMelor Handmade telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari para pelanggan. Untuk  menghargai para pelanggan yang budiman, CMelor Handmade akan sentiasa menambahbaikkan mutu perkhidmatan dan kami juga akan menambah produk-produk baru dari masa ke semasa...


About The Owner


Dikenali sebagai CMelor @ melor di internet... menetap di Setiawangsa Kuala Lumpur, Merupakan seorang isteri, seorang ibu kepada 3 orang anak, 2 perempuan dan 1 lelaki. Mula meminati bidang perniagaan internet sejak tahun 2010 ketika itu saya sedang mengandungkan anak ke 3.  Sebagai seorang surirumahtangga, saya ada banyak masa terluang. Untuk memenuhi masa, hobi dan minat yang mendalam dalam bidang jahitan saya cuba untuk berniaga secara online dan offline dengan menjual hasil kerja tangan saya. Sementelah saya juga memiliki diploma dalam bidang jahitan jadi rugi rasanya kalau saya terus menyimpan apa yang telah saya pelajari selama ini. Selepas selamat melahirkan dan baby saya berusia 6 bulan , saya telah membuat keputusan untuk menjadi usahawan internet sepenuh masa dan memiliki CMelor Handmade.... insyaallah, saya berhasrat mempunyai premis perniagaan sendiri suatu hari nanti...:-) doakan kejayaan saya! Terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda semua...(^_^)
 
2011 CMelor Shop | Blogger Templates Sponsors: Short People Club, Michigan Mechanical Engineer Jobs, California Dietitian Jobs